Saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan limpah dan izinNya pelaksanaan aktiviti Pengurusan kantin SKSIS berjalan lancar sebagaimana yang dirancang pada tahun lalu dan pada tahun ini kecemerlangan dalam bidang-bidang tertentu akan menjadi milik kita InsyaAllah.
Pelbagai program pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin telah kita sama-sama atur dan jayakan. Semoga pencapaiannya akan lebih utuh. Marilah kita sama-sama tingkatkan keazaman dan menjiwai motto SKSIS: SENTIASA DI HADAPAN serta terus meningkatkan kualiti kerja buat kita dalam apa jua bidang tugas yang diamanahkan selaras dengan sabda Nabi SAW: Maksudnya " Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bekerja dan meningkatkan mutu pekerjaannya". (Riwayat Al-Baihaqi)
Jutaan terima kasih dan penghargaan saya rakamkan kepada semua ahli jawatankuasa kantin dan warga SKSIS yang memberi khidmat bakti sepanjang tahun lalu dan kepada yang baru diucapkan selamat datang serta sama-sama mencurah khidmat bakti kepada anak didik SKSIS dengan gigih, cemerlang dan tulus ikhlas.
Sekian, terima kasih.
(HJ KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1)
17000 Pasir Mas, Kelantan
No comments:
Post a Comment